☆Al-Kisah☆ Perkhemahan Program Jati Diri Puteri Islam SMK Chabang Empat, 16210 Tumpat, Kelantan 2006 εїз Ahli-ahli yang terlibat : ☺ Ahli-ahli Puteri Islam Tingkatan 1, 2 dan 4. ☺ Ahli-ahli kadet lain yang ingin mengikuti program daripada Tingkatan 1, 2 dan 4.( ahli celup ) ☺ 6 orang guru pengiring iaitu Ustazah Syakimah, Ustazah Radziah, Ustazah Taibah, Ustazah Nik Nafizah, Cikgu Zilawati dan Ustazah Azura yang datang ke tapak perkhemahan secara bergilir-gilir. εїз Tarikh : 6 Ogos (Ahad) hingga 8 Ogos (Selasa) 2006 εїз Selama : 3 hari 2 malam εїз Tempat : Balai BOMBA Pengkalan Kubor εїз Jadual Perjalanan : * Berkumpul di dewan Tok Beta sekolah pada pukul 12.00 tengah hari. Bergerak ke surau asrama untuk solah Zuhur secara berjemaah pada pukul 1.20 tengah hari. Siap menunaikan solah Zuhur pada pukul 1.45 tengah hari. * Bas tiba di hadapan sekolah pada pukul 2.35 petang. Pukul 2.38 petang dua bas sekolah ini bertolak ke destinasi kami. ♫ Aktiviti hari pertama : ☺ Setiba di destinasi pada pukul 2.50 petang, kami dibawa berkumpul di dewan utama balai untuk pendaftaran. Kemudiannya kami diberi satu sesi ceramah yang menerangkan tentang disiplin dan undang-undang yang harus kami patuhi sepanjang kami disini. Antara undang-undang yang harus kami patuhi, seperti, kami diwajibkan memanggil semua pegawai-pegawai yang ditugaskan dengan panggilan tanda hormat iaitu Encik ataupun Cikgu, kami diwajibkan memadamkan semua lampu asrama apabila jam telah menunjukkan tepat 11.00 malam ataupun lebih awal ( terlewat akan didenda ) dan pelbagai syarat-syarat yang lain. Kami kemudiannya dikehendaki membawa beg baju kami dan berjalan ke asrama penginapan kami dalam 3 barisan. ☺ Asrama kami dibahagikan kepada tiga, Asrama A, Asrama B dan Asrama C. Ketiga-tiga asrama merupakan satu bangunan rumah teres yang tidak berapa luas, dua tingkat, mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu sederhana besar di tingkat bawah, satu bilik dapur dan tanpa perabot kecuali 3 katil satu tingkat, 9 katil dua tingkat dan satu meja yang sebesar katil kami. Lain asrama, lain kemudahan asrama yang disediakan. Arama A dilengkapi dengan penyapu, mop dan penyodok, Asrama B dilengkapi dengan sebuah televisyen manakala Asrama C terdapat sebuah meja yang besar dan lebarnya mengambil ruang 1/5 daripada ruang tingkat bawah. Diluar daripada asrama kami terdapat beberapa meja kayu yang besar dilengkapi dengan kerusi-kerusi, yang dikhaskan untuk makan sahaja. Juga terdapat beberapa set kerusi batu bertujuan untuk bersantai. Bertentangan dengan asrama kami terdapat 2 bangunan baret bomba sekitar 7 hingga lapan tingkat ( tak pasti) yang didiami keluarga-keluarga anggota-anggota bomba yang bertugas di situ. Diantara baret tersebut dengan asrama kami terdapat satu baris tempat letak kereta yang boleh memuatkan 5 buah kereta. ☺ Setiba sahaja di pintu asrama, kami semua menghempapkan beg baju ke lantai sambil mengeluh keletihan kerana terpaksa membimbitnya sambil berjalan dalam lebih kurang beberapa meter dari dewan utama balai. ☺ Melangkah masuk aje kami, kedengaran bising suara-suara menanda katil masing-masing. Antaranya “ Eh, cop deh aku nak katil yang tengah!”, “ Eh aku nak katil ujung sekali!”, “ Aku nak duduk tingkat atas, ye, yeah!” dan macam-macam gelagat lagi boleh dilihat. Sekali tengok macam rusa masuk kampung, tak pernah jumpa rumah yang hanya ada katil laa katakan. ☺ Setelah dapat katil masing-masing, mulalah kami mengemas baju- baju kami kedalam loker-loker yang telah disediakan. Bagi sesetengah ahli yang tidak berapa bernasib baik, mereka mendapat bilik yang hanya ada satu loker yang perlu dikongsi untuk tiga orang. Ada pula bilik yang ada loker yang terlalu besar sampai mereka dah tak tahu apa nak dimuatkan kedalamnya supaya nampak penuh. Ada juga sesetengah ahli yang membawa penyidai kain sendiri dari rumah mereka. Ish, ish, ish macam rumah datuk dia la pulak kan? ☺ Setelah selesai berkemas kami bergegas berebut bilik air untuk mandi. Dalam hal ini aku rasa sepatutnya semua ahli kenalah bertolak-ansur dan ingatkan nasib orang lain. Mungkin ada ahli yang berjaya berbuat demikian tapi ada juga yang gagal. Ada yang mandi sampai 15 minit. Tapi apa nak buat, lain orang lain aktiviti yang dibuat kat dalam bilik air tu kan? Jadi, sabar jelah sabariah..... ☺ Selesai mandi kami bergegas pula ke surau unruk solah Asar. Bukan sebab apa kami bergegas-gegas ni, sebenarnya, kami dikehendaki berkumpul di depan dewan utama balai pada pukul 5.00 petang untuk satu sesi latihan kawat kaki oleh pegawai yang ditugaskan. Sesi ini dikenali sebagai aktiviti bomba. ☺ Setelah selesai menunaikan solah secara persendirian tanpa imam, kami pun berbaris dalam 3 barisan, berjalan normal ke hadapan dewan utama balai. Setiba disana kami ditunggu oleh seorang pegawai yang kelihatan agak tegas. Disebabkan jumlah kami agak ramai kami telah dipecahkan kepada dua platun. (Aku berada dalam platun yang dikenali sebagai platun dua). Setelah beberapa pergerakan diajarkan, kami dibenarkan berehat buat seketika. Alhamdullilah, jurulatih kami taklah setegas jurulatih platun satu yang memberi arahan-arahan dan denda-denda yang pelik kepada ahli-ahli platun itu. Seketika kemudian jurulatih bagi platun dua bertanyakan sukarelawati yang ingin menyukarelakan dirinya untuk menjadi ‘leader’ bagi platun ini. Kekawan mula menunjuk jari kepada aku. Mulanya aku segan dan serba salah sebab takkanlah aku nak mengetuai platun yang terdiri daripada beberapa kakak tingkatan 4? Jadi aku cuba memujuk salah seorang kakak untuk keluar menyukarelakan dirinya untuk menjadi ketua. Tapi nampaknya dia pun tak berkeyakinan seperti akulah. Sejurus kemudian jurulatih mula membilang. Katanya dalam kiraan sepuluh jika tidak ada sesiapa yang keluar kami semua akan didenda mencium tayar lori bomba. ALAMAK!!!! Hampir dengan bilangan 8 aku pun berdiri. Ish, tak sanggup aku nak mencium tayar lori yang telah pijat apa ke entah. Aku juga taknak kekawan lain menjalani denda yang sebegitu kejam. ☺ Gugup jugak hati aku ni bila jurulatih menyuruh aku bersila di hadapan ahli-ahli yang lain. Tapi aku cuba ‘relax’ dan aku berjaya. Lebih ‘relax’ daripada diri aku didalam platun kadet polis semasa sesi latihan. Kemudian jurulatih memberi aku arahan supaya mengingati nama seluruh ahli platun aku dalam masa satu malam. Aku tahu niatnya baik untuk mengeratkan hubungan antara kami, tapi satu malam tak cukup la Encik. ☺ Tepat jam menunjukkan jarum pukul 6.30 petang., kami platun dua dikehendaki pergi ke asrama dalam barisan, berjalan kawat terlebih dahulu daripada platun satu dengan berpandukan arahan daripada ketua platun. Aku pun cuba buat yang terbaik untuk ‘direct’ platun aku ke asrama. Setiba di muka depan asrama. Kami ditunggu oleh air teh yang panas mengewap untuk menghilangkan dahaga kami, menggantikan peluh kami dan roti yang mengenyangkan. Ahhh!!!.... ☺ Sampai aje kat asrama, kami mandi dan bergegas ke surau untuk menunaikan solah Maghrib dan Isyak secara berjemaah. ☺ Tepat jarum jam menunjukkan pukul 9.00 malam kami dikehendaki berkumpul di hadapan dewan utama balai buat kali kedua untuk aktiviti bomba kami yang kedua dan ketiga iaitu masuk terowong dan tali satu permainan yang mengkehendakikan kami untuk menutup mata kami dengan plastik hitam dan dibawa sama ada dalam keadaan merangkak, meniarap atau berjalan berpandukan tali yang diikat pada objek-objek sekeliling kami sama ada paras lutut, pinggang atau tapak kaki. Aktiviti ini dikenali sebagai ‘tali pandu’. ☺ Kumpulan kami dibahagikan kepada lapan orang bagi setiap kumpulan bagi aktiviti tali pandu. Kumpulan aku terdiri daripada 2 orang kakak Ting. 4 dan yang lainnya adalah daripada Ting. 2. Kami dikehendaki beratur dalam satu lajur memegang baju masing-masing di paras pinggan sambil salah satu tangan kami memegang tali yang telah disediakan. Dihadapanku adalah Atiqah dan dibelakang aku adalah seorang rakan dari kelas berlainan daripadaku disekolah yang dikenali dengan panggilan Wanie. ☺ Lajuran kami diketuai oleh salah seorang kakak Ting. 4. Macam-macam karenah yang boleh dilihat. Ada yang nak menangis pun ada. Entahlah sebab apa. Mungkin pada andaian aku, kat rumah dia tak pernah menghadapi keadaan yang segelap keadaan yang kami alami sekarang. Jadi sebab tu laa, dia rasa agak ‘nervous’ kot....kan? ☺ Mata kami terkelip-kelip setelah kami dibenarkan membuka mata apabila selesai dengan jayanya aktiviti yang kami lakukan tadi. Bila dilihat semula laluan yang kamu meniarap tadi, sungguh tak disangka-sangka kami telah mediarap melalui lubang yang sekecil itu dan nak tahu apa? Kami berjaya! Yeah!!! Tetapi ia merupakan satu pengalaman yang amat menarik bagi kami. Apa yang aku belajar daripada aktiviti ini ialah, selagi tak cuba mana kita tahu hasilnya. Dan pada waktu inilah terngiang-ngiang di kepala aku nasib si buta. Entahlah.... mereka tentu mengalami kesukaran untuk menempuhi kehidupan dengan keadaan yang gelap. Contohnya kami, walaupun hanya lebih kurang 10 minit bergelap tapi macam-macam telah kami rempuhkan kepala kami, pada kerusi laa, pada gelongsor laa dan pada dahan kayu pun.... percaya tak?... ☺ Okey sekarang kami menunggu pulak giliran untuk aktiviti kedua, iaitu, masuk terowong yang langsung tak ada tingkap ataupun lubang untuk pernafasan. Yang ada cuma gelongsor, tangga dan lubang-lubang yang bercabang-cabang yang diperbuat daripada simen. Lapan orang ahli kumpulan kami telah dipecahkan pulak kepada dua kumpulan, dua orang kakak Ting. 4 pergi dengan kumpulan pertama meninggalkan aku, Atiqah, Wanie dan seorang rakan yang aku lupa pulak nak bertanyakan namanya. ☺ Nampaknya kali ini jari-jari telah dihalakan kepada aku sekali lagi untuk menjadi ‘leader’. Ya Allah!!! Tuhan jelah yang tahu. Bila kami masuk dan mula merangkak, kepanasan terasa di setiap sudut di badan kami. Oxygen mula tidak dapat kami sedut dengan betul. Pengalaman sesat kat dalam ni lagi mencabar imam setiap daripada kami. Ada yang dah mula menangis. Tapi aku masih lagi tabah dengan karenah orang perempuan yang suka sangat bercakap. Dalam ni dah laa keadaannya bergema-gema ditambahkan pulak dengan suara-suara yang merdu. Hish.... boleh korang bayangkan keadaan kami didalam ni? ☺ Kami sesat ( secara teknikal tidak.. sebab kami tak tahu nak pilih jalan mana... jadi kami cuma berdiri dan cuba untuk memilih jalan yang mungkin akan membawa kami kearah kebenaran. ) tak lama kemudian kami terdengar suara Asmida,( salah seorang rakan asrama aku) bergema-gema di ruang udara terowong, suaranya dan rakan-rakan kumpulannya menggegarkan terowong ni (nasib baiklah terowong ni dijamin kukuh). ☺ Bila kami bertembung, kami mula membuat keputusan untuk memilih lorong yang mana. Akhirnya kami memilih untuk pergi ‘straight’.... Alhamdullilah syukur pada yang Esa, kami berjaya keluar. Tak ade sesiapa yang boleh bayangkan betapa leganya hidung kami kerana dapat menghirup oxygen yang secukupnya apabila berada di luar terowong. Sekarang baru kami faham kenapa sebelum, memulakan aktiviti tadi, salah seorang pegawai ada bertanyakan kami samaada ada diantara kami yang menghidap penyakit asma. ( jawapannya tidak ). Dan kami juga mendapat pengalaman bagaimana mangsa-mangsa kebakaran yang tak cukup nafas apabila berada dalam asap yang tebal disamping kepanasan api yang marak membakar segala harta benda mereka. Ya Allah, aku minta supaya jauhilah api dan kebakaran itu daripada terjadi kepada kami, hambaMu yang lemah ini..... ☺ Setelah selesai kedua-dua aktiviti tadi, kami dikehendaki berkumpul dan menunggu kumpulan-kumpulan yang lain menyelesaikan pengalaman mereka. Setelah semua kumpulan-kumpulan ahli puteri yang ada selesai menikmati pengalaman mereka, lebih kurang pukul 11.15 malam, kami dibenarkan pulang ke asrama. Seperti biasa dalam tiga barisan, berjalan kawat diiringi suara arahan daripada ketua (Sarjan) Puteri Islam, Kak Zullaikha. Sudah lumrah alam, dalam barisan, kedengaran bising suara-suara kami menceritakan apa yang berlaku kepada satu sama lain. ☺ Setelah tiba di asrama, kami dijamu dengan makanan ringan, kemudian dalam pukul 11.30 malam kami dibenarkan tidur. Walaupun lampu telah dipadamkan, namun mulut manusia tak boleh ditutup. Ada yang tak boleh tidur sebab bising dan ada yang tak boleh tidur langsung. Entahlah mengapa... mungkin mata mereka masih lagi terngiang-ngiang dengan kejadian-kejadian tadi. Ada juga yang mampu tidur sampai termimpi-mimpi. Ada yang menangis tanpa sebab. Tapi pada pendapat aku yang paling bising adalah ahli yang tidur didalam Asrama *>@# (biarlah rahsia...). Namun demikian, aku berjaya melelapkan mata walaupun hanya untuk jangka masa tiga jam. ♫ Aktiviti hari kedua: ☺ Awal-awal pagi jam 4.15 pagi, Aisyah yang tinggal didalam Asrama B datang mengetuk pintu kami untuk mengejutkan kami. Ohhhh, dia betul-betul mengejutkan separuh daripada kami dengan suaranya yang agak kuat itu. Menurutnya, dia telah bangun sejak dari jam 3.00 lagi. (ish, ish, ish excited betul dia nak meneruskan aktiviti hari kedua kan?) ☺ Setelah selesai ahli yang tidur ditingkat bawah mandi, kami mengejutkan ahli-ahli yang tidur ditingkat atas. Setelah selesai menyegarkan diri, kami ke surau untuk menunaikan solah Subuh secara berjemaah. Ada yang hampir tertidur dalam perjalanan nak ke surau. Semua mata ahli-ahli puteri kelihatan kemerah-merahan.Menjelang jam 7.00 pagi kami berkumpul dan dalam tiga barisan kami berjalan biasa ke padang dihadapan dewan utama balai untuk satu sesi senam pagi aktiviti Bomba. ☺ Seorang pegawai dengan pakaian t-shirt dan seluar trex datang ke hadapan kami dan memperkenalkan dirinya. Kemudiannya kami diberi arahan supaya membuat satu bulatan besar. Sarjan puteri bersama penolongnya kemudian diberi arahan untuk ke tengah-tengah bulatan. Mereka dikehendaki menyebut nama-nama dan tempat-tempat tinggal ahli-ahli puteri. Permainan ini berlarutan hinggalah masa senam pagi kami tamat. Kami kemudiannya melalui saat sarapan pagi dihadapan asrama masing-masing. ☺ Setelah selesai makan kami rehat untuk lebih kurang 10-12 minit. Aktiviti kami yang seterusnya ialah latihan perjumpaan puteri (aktiviti puteri). Kami semua berpakaian baju kurung lengkap. Didalam latihan perjumpaan puteri ini, kami diberitahu yang kami diwajibkan memakai uniform sekolah atau baju seragam puteri untuk majlis penutup pagi esok. Sesetengah daripada kami mengeluh dan menngatakan bahawasanya baju mereka kotor laa..., berkedut laa... dan macam-macam lagi. Setelah selesai latihan perjumpaan puteri yang berlanjutan lebih kurang 1 jam setengah, ustazah meminta tolong semua ahli puteri untu menyiapkan buku log tahunan mereka. Bagi ahli-ahli yang celup mereka mengambil kesempatan ini untuk membasuh baju sekolah yang akan dipakai pada hari esok. ☺ Lebih kurang setengah jam kemudian, kami bergegas ke dewan untuk minuman ringan( roti dan air sirap ). Masa yang diberikan untuk kami makan hanyalah sepuluh minit. Ada yang datang lewat untuk makan sampai tercekik-cekik disebabkan takut terlewat untuk aktiviti ceramah yang akan diberi oleh seorang penceramah jemputan nanti. Penceramah ini adalah orang kuat dalam badan Puteri Islam Kelantan. Beliau pernah membawa beberapa orang ahli puteri ke Thailand untuk satu pertandingan. ( aku lupa pulak nak set apa jenis pertandingan tu) ☺ Untuk sesi ceramah ini kami semua berkumpul di dalam surau balai. Kami praktikkan latihan perjumpaan puteri dalam sesi ceramah ini. Penceramah yang dijemput ada juga memperbetulkan kesalahan-kesalahan kami dalam latihan tersebut. Antara maklumat yang kami dapat daripada sesi ceramah ini adalah seperti berikut: ☆ Ciri-ciri ahli puteri yang cemerlang: * Berani menampilkan diri untuk memegang jawatan-jawatan yang ada didalam badan puteri. * Amanah dan jujur dalam kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan. * Komited dan dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan. * Mempunyai pemikiran yang kreatif, positif dan inovatif. * Berpandangan jauh dan berwawasan tinggi. * Berilmu * Menggunakan ilmu ke jalan yang berfaedah. * Berkemahiran menapis sesuatu yang baik atau tidak baik. * Sihat tubuh badan. * Hanya bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman atau lebih berilmu. * Sentiasa kelihatan bersih dan kemas. * Sentiasa bermusahabah diri. * Cara percakapan sopan. * Elakkan daripada panas baran * Penuh sembahyang. * Rendah diri. * Pandai membahagi masa. ☆ Sebab-sebab tidak dapat menjadi ahli puteri yang cemerlang: * Menganggap kegiatan ko-kurikulum tidak penting. * Tidak dapat menerima pandangan orang lain dari sudut pemikiran yang positif. * Tidak mempunyai kemahiran ICT. * Mudah berputus asa. * Memandang rendah terhadap diri sendiri. * Mempunyai sifat 7 ‘down sindrom’: ---Ü Narrow minded ---Ü No action talk only ---Ü Helpless ---Ü Lazy ---Ü Run away from problems ---Ü Holding to the past ---Ü Talk something down. ☺ Selesai sesi ceramah kami ke asrama untuk menukar pakaian dan pergi bertanyakan ustazah apakah aktiviti yang seterusnya kerana kertas aturcara majlis tidak ada pada setiap kami disini. Ustazah mengatakan yang sekarang ini adalah masa untuk aktiviti bomba. Dalam masa yang singkat, ada diantara kami yang tak sempat menunaikan solah Zuhur kerana takut ditinggalkan ahli-ahli yang lain. Kemudiannya kesemua kami pun bergegas ke hadapan dewan utama balai. ☺ Apabila kami tiba disana, pihak bomba mengatakan bahawasanya masa itu adalah masa untuk aktiviti guru. Dalam keletihan kami kembali semula ke asrama dan bertemu ustazah. Keadaan agak tak terurus sekarang ini. Untuk memperbetulkan keadaan ustazah menyuruh kami menggunakan masa itu untuk menyiapkan buku log puteri. Bagi yang celup pulak, kami melepak di dalam asrama, berbual-bual, makan-makan makanan-makanan ringan yang kami bawa dari rumah, sambil menunggu pakaian sekolah kami kering.Ada juga yang menggunakan waktu ini untuk mengemas pakaian kedalam beg sebab tak nak la pulak nanti tergesa-gesa mengemas pagi esok. Tak kami sangkakan pakaian kami dapat dikeringkan oleh cuaca panas yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dalam masa hanya 3-4 jam. ☺ Tepat jam menunjukkan jam 5.00 petang, setelah selesai solah Asar, kami berbaris dalam 3 barisan berjalan normal ke padang dihadapan dewan utama balai. Sekarang ini kami berdebar-debar kerana kami akan menjalani satu sesi aktiviti bomba yang dikenali sebagai ‘rappling’. Aktiviti ini mengkehendakikan kami turun satu bangunan yang telah dikhaskan dari tingkat 2 menggunakan tali yang telah disediakan dengan cara yang telah ditunjukkan kepada kami. ☺ Aktiviti yang mulanya kami rasa seram sejuk saja nak buat mula menjadi menyeronokkan apabila kami lihat tidak ada orang yang telah mati apabila menuruninya. Ada juga yang tergerak hatinya untuk mencuba aktiviti ini sebanyak dua kali tapi di tingkat yang lebih tinggi. Tapi masa tak mengizinkan kami berbuat demikian. Lebih kurang 10 minit sebelum pukul tujuh kami kembali ke asrama untuk makan malam. ☺ Dalam keadaan tergesa-gesa kami mandi, makan dan bergegas ke surau. Hari ini ahli-ahli puteri yang datang untuk solah Maghrib dan Isyak secara berjemaah di surau balai ini semakin berkurangan. Keadaan ini memang agak mengecewakan. Mungkin mereka berfikiran yang masa sedang mengejar mereka dari belakang jadi sembahyang di surau secara berjemaah mungkin tak kesempatan untuk mereka jalaninya kan? ☺ Selesai solah kami rehat lebih kurang 5 minit dan beratur seperti biasa untuk satu sesi ceramah tentang keselamatan dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan terperangkap dalam kebakaran. Dalam sesi ceramah ini alat bantu mengajar tidak dapat digunakan akibat wayar yang telah dirembat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kami juga diperkenalkan kepada beberapa jenis alat pemadam api yang dikelaskan kepada kelas A, kelas B dan kelas C. Walaupun sesi ceramah ini agak menarik perhatian tapi kami telah terlalu letih dan mengantuk untuk mendengarnya. Ada diantara kami yang sampai tertidur pun ada. Kesian pada pegawai penjaga balai yang bertugas untuk memberikan sesi ceramah kepada kami pada hari itu. ☺ Selesai sesi ceramah, kami mulakan aktiviti yang takkan aku lupakan iaitu aktiviti memadam api yang dimulakan dengan campuran cecair. Hanya yang bertuah antara kami yang dapat peluang untuk melakukan aktiviti ini. Dengan memakai baju kalis habadan kalis api kot.... serta topi bonba, kami menekan picu alat pemadam api untuk memadamkan api yang telah dinyalakan oleh salah seorang pegawai bomba yang bertugas. Ada yang bertuah tapi terkena nasib malang dimana api tak nak padam. Mungkin pada pendapat aku, api tak suka akan dia. He... he... he.... ☺ Selesai aktiviti yang begitu menyeronokkan ini kami dikehendaki dalam empat lajur dimana setiap lajur mengandungi lebih kurang 10-13 orang ahli puteri. Kami kemudiannya dikehendaki mencari satu nama bagi setiap kumpulan. (kumpulan aku namanya Muhibbah). Sekarang kitaorang akan main satu aktiviti yang agak meletihlkan anak tekak. Kami kemudiannya diberi plastik hitam untuk menutup mata. Kemudian kami dikehendaki melepaskan tangan kami antara satu sama lain dan bergerak dalam beberapa langkah sama ada ke serong, ke depan, ke belakang, ke kiri ataupun ke kanan. Kemudian bertaburanlah kami di malam hari di setiap sudut dalam padang dihadapan dewan utama balai ini. ☺ Kami kemudiannya mencari ahli-ahli kami yang telah terpisah itu kesemuanya menggunakan nada suara kami yang merdu dan deria sentuhan kulit kami. Apabila ahli kumpulan kami telah lengkap baharulah kami akan dibenarkan membuka plastik hitam yang menutup mata kami. Kumpulan aku adalah kumpulan yang kedua siap menyempurnakan tugasan ini. ☺ Bagi kumpulan Mawaddah pula, kerjasama antara mereka renggang. (bagi mendapat aku laaa) apabila semua kumpulan lain telah menyempurnakan tugasan, ahli kumpulan Mawaddah masih dalam keadaan mencari ahli walaupun hanya ahli mereka sahaja yang ada dipadang dihadapan dewan utama balai pada ketika itu. Mereka mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk membilang samaada ahli mereka telah cukup atau tidak. Aaaaa yooooo..... ☺ Setelah ‘mision complete’, kami dikehendaki beratur dalam barisan bertiga-tiga dalam dua platun sebagaimana kelmarin. (aku berdebar-debar sebab takut pegawai jurulatih platun aku menyuruh aku mrnyebut nama setiap ahli puteri dari platun aku ni.). aku didenda turun naik turun naik sebanyak sepuluh kali sebab salah mengecam ahli platun. (salah seorang daripada ahli platun satu termasuk dalam platun aku dan aku langsung tak perasan akan ia) ☺ Setelah beberapa nasihat, sesi soal jawab dan pergerakan kawat aku dibenarkan membawa platun aku pulang ke asrama. Makanan ringan sedang menunggu kami tersedia di atas meja diluar asrama kami. Fuhhhh.... lega aku apabila jurulatih terlupa pulak nak menyoal nama ahli platun... he he he..... ☺ Malam tu, kami tidur dengan memakai kasut setelah selesai makan. Sebabnya kata pegawai mereka nak adakan satu sesi siren mengejut malam tuu. Tapi eeeeeeeee..... geramnya, pagi tu kami bangun rupa-rupanya sesi tu telah dibatalkan. Ada diantara kami sampai tak tidur sebab menunggu siren, ish ish ish kesian..... ♫ Aktiviti hari ketiga: ☺ Kesemua daripada kami hari ini bangun agak lewat lebih kurang jam 5.00 pagi. Jadi kami tergesa-gesa untuk solah Subuh di surau. Ada juga yang langsung tak nak pergi solah di surau. Hari ini bilangan ahli puteri yang datang ke surau untuk solah berjemaah lagi kurang daripada ketika solah berjemaah Maghrib dan Isyak semalam. Apa nak jadi?..... ☺ Selesai solah dan sedikit tazkiroh daripada Ustazah Syakimah, kami berbaris seperti biasa ke padang dihadapan dewan utama balai untuk sesi senam pagi buat kali kedua dalam perkhemahan kami selama 3 hari dua malam disini. Aku dan 6 rakan yang lain ditinggalkan oleh barisan disebabkan terlalu leka mengemas. Kami berlari selaju boleh ke padang tapi tak sempat. Kami lewat dalam lebih kurang 4-5 minit. Kami ditegur oleh seorang pegawai yang tak pernah kami nampak sebelum ni mungkin sebelum ini dia bercuti kot..... fuhhhh.... nasib baik aku pandai jawab dan menghindarkan diri daripada didenda.... he he he .... ☺ Kemudiannya dalam barisan, kami diajar beberapa pergerakan kawat dan beberapa senaman-senaman yang merenggang otot kami... ahhhh... leganya..... ☺ Kemudian kami dibawa ketempat satu kolam yang tak berapa luas. Kami ditanya berapa agaknya isipadu air didalam kolam itu.... setelah beberapa kali congokan,...aku menjawab 1000 liter. Pegawai yang ada disitu tak menjawab samaada jawapan yang aku berikan betul atau tidak cuma dia bertanya lagi pada aku macam mana aku kira? Aku cuma jawab ‘congaklah...’ ☺ Disebabkan kesalahan kami datang lewat semasa senam pagi tadi dan atas sebab kesalahan-kesalahan kami yang lain tetapi diberi pengecualian tanpa hukuman jadi sekarang hukuman yang berkaitan dengan kolam yang berada ‘steady’ dihadapan kami ini akan kami lalui. Pada mulanya pegawai yang bertugas menyuruh kami semua masuk kedalam kolam (aku dan Asmida dah bersiap-siap sisih lengan baju dah...)tapi atas pujuk rayu kawan-kawan, kami hanya didenda untuk membasuh muka je dengan air kolam itu. Ish.. entah apa laa yang ada dalam kolam tu sebelum ni. Ada juga kami ternampak jentik-jentik mati. Kalau bagi kulit muka yang sensitive, habislah muka mereka. Tapi walau bagaimanapun kami perlu melalui hukuman ini, sebab ini dah dikira hukuman yang paling ringan laa kan? Sebabnya kalau disuruh cium tayar lori Bomba, aku tak sanggup...... ☺ Ada yang gelagat membasuh mukanya macam nak mandi jee.... selesai membasuh muka kami diberi sedikit taklimat tentang perlunya bagi kami untuk menyebarkan dan memberitahu kepada kawan-kawan yang lain yang tak menyertai perkhemahan kali ini tentang apa yang telah kami pelajari. Kami juga dinasihati agar menggunakan ilmu yang telah kami timba disini sebaik mungkin. ☺ Selesai taklimat ringkas daripada salah seorang pegawai disitu, kami ke asrama untuk makan pagi, kemas pakaian kedalam beg, tukar pakaian ke uniform sekolah dan kemaskan asrama dan tinggalkan ia sebagaimana kali pertama kami menjejakkan kaki kami disitu. Selesai semua perkara tersebut kami dalam tiga barisan seperti biasa berjalan normal ke dewan utama balai untuk majlis penutup yang akan dirasmikan oleh PK.KO sekolah kami. Majlis itu berlanjutan sehingga lebih kurang 45 minit jee. ☺ Kami kemudiannya menaiki bas lebih kurang dalam pukul 10.45 pagi. Setiba disekolah kami melepak dan membeli dan mencari surat khabar yang memaparkan aktiviti yang dijalankan disekolah kami sewaktu kami dalam perkhemahan iaitu ‘Hari Kerjaya’ ... ohhh...... ruginya kami tapi takpe sebab kami dapat pengalaman yang setimpal dengan kerugian yang kami tidak dapat alami iaitu ‘Hari Kerjaya’ yang diadakan pada hari Isnin yang lepas( Hari kedua kami dalam perkhemahan ). ☺ Perasaan kami sewaktu disalam bas, bercampur aduk. Rindu, gembira. sedih, sayu dan macam-macam lagi. Kami amat gembira disana. Banyak benda yang kami belajar. Dan kami harap aktiviti perkhemahan seperti ini akan diadakan lagi dan kami harap kami dapat menyertainya. Dan semoga semua kenangan manis dan pahit kami ini akan berkekalan dalam memori kenangan kami sekarang dan selama-lamanya........................... ♫ Perkara yang tak dapat dilupakan semasa didalam kem: ❤ Masuk terowong ❤ Aktiviti memadam api ❤ Aktiviti tali pandu ❤ Tak cukup tidur ❤ Denda mencuci muka ❤ Rappling ❤ dan bagi aku peristiwa‘tertinggal dompet bawah bantal....’ adalah peristiwa yang paling aku minat nak ingat. Nasib baik dapat semula dengan bantuan ‘public-phone’ depan sekolah, handphone Ustazah Syakimah dan yang lain-lain yang rasa ada berkenaan dalam peristiwa yang telah dinyatakan..... he.... he.... he..... TQ pada "Production Crew" ; ✿ Cik Kumako ✿ Microsoft Work 2007 ✿PC Rumahku ✿ Blog Kumako Cold Ice ✿ Blogspot.com & tak lupa kepada ✿semua kaki2, tangan2, anggota2, orang2 dan sekalian yang terlibat secara langsung atau tak langsung... •.¸¸.•´¯`•.♥TAMAT♥.•´¯`•.¸¸.•. ( P/S : kisah ini ditulis ketika penulis berusia 16 tahun. Kesilapan-kesilapan bahasa yang tertera pada pandangan mata anda, pohon dimaafkan... Assalamualaikum...) . |
♪♫•CampingExp With PuteriIslam•♫♪
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment