Saat kamu tiba, ya Ramadhan...
Hari ini, 5 Ramadhan 1432, 5 Ogos 2011...
Jarang sekali entry yang dipostkan berunsur Islamic. Jarang sekali menggunakan 'ana' ketika berbicara. Jarang sekali meng'crop' hadis kedalam entry2 ku... Jarang sekali.....
Sedang cuba belajar menjadi lebih dewasa, menjadi lebih matang, menjadi lebih baik. InsyaAllah...
Ramadhan tahun ini, terasa sangat bererti. Mungkin kerana aku bakal berangkat pergi. Berat hati ingin melangkah. Seakan bakal terhempas dari awan diatas. Semasa, walaupun sudah diomok-omokkan destinasinya, langkah dihadapan masih seakan kabur. Mungkin aku terlalu daif. Mungkin aku terlalu risau. Risau akan dua insan... Sebagai anak, kehendak mereka akan aku cuba penuhi, pernah sekali harapan mereka aku gagal sempurnakan, berjanji ianya tidak akan berulang, sinar mata mereka aku harapkan...
Sebagai hambaMu ya Allah, aku redha dengan
setiap ketentuanMu. Aku pernah merasa gelap, aku pernah merasa sesat. "Ashhadu Allailahaillallah wa Ashhadu Anna Muħammadar Rasulullah". Pandu aku kearah jalan lurusMu, bantulah aku mengawal tiap gerak geriku. Sesungguhnya Engkau tidak akan memberikan sesuatu diluar kemampuanku.
Sedang nafsu remajaku masih membuak dalam melayani bahagian duniawiMu yang melalaikan, mampukah aku cuba merubahnya? Berikanlah aku hidayahMu Ya Allah...
Sedang aku bagai titisan embun dihujung daun keladi, aku mencari yang positif didalam setiap nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku. Tabahkanlah hatiku dalam mengawal emosi dan nafsu negatifku yaAllah... Diri ini, seakan ingin menadah nikmat dariMu 'twenty-four seven'... Terkadang diri ini terasa lemah, terkadang terasa serba kekurangan. Tetapi kalamMu jelas membuktikan, aku dan saudara-saudaraku dicipta penuh kesempurnaan... Amin...

.

No comments:
Post a Comment