Im not in use of this blog anymore
Please tune to my recent site

However :
All Posts © http://coldhikari-v2.blogspot.com/
~~~Alias~~~
Kumako-Chan [] IceHikari [] EmptyKuma [] deCropper


Saturday, December 6, 2008

Deep in My Heart...

Salam.......

Setiap yang kita impikan tidak selalunya indah,
Kesunyian mengajar kita hidup berdikari,
Tangisan adalah kasih sayang,
Namun,
Satu yang akan kita ingat seumur hidup,
ialah KENANGAN...

Jangan dibuang kenangan itu,
Kerana ia pengubat rindu,
Jangan dicampak memori itu,
Kerana ia pemaut kasih,
Kerana antara insan dalam perhubungan yang terpisah,
cantumnya hanyalah KENANGAN...

Aku,
Aku rindukan kenangan lalu,
Ingin bertemu kembali dengan aku yang dulu,
Kerana aku pada masa itu,
Bukanlah diri aku pada masa sekarang,
Penuh dengan senario-senario kehidupan,
Yang memberi parut kegembiraan...

Aku berharap agar aku dapat membuat kenangan itu
sebagai suatu cahaya kenangan di masa depan,
Memberikan aku semangat untuk menghidupkan,
Keringat-keringat kepayahan...
Agar aku boleh menjadi diri aku di masa hadapan...

JIKA AKU DAPAT MENGHIDUPKAN KENANGAN ITU...
JIKA AKU...
JIKA...

No comments:

Post a Comment