Im not in use of this blog anymore
Please tune to my recent site

However :
All Posts © http://coldhikari-v2.blogspot.com/
~~~Alias~~~
Kumako-Chan [] IceHikari [] EmptyKuma [] deCropper


Tuesday, December 9, 2008

Family Affair

Sara Diri Kamu sendiri

Bapa mertuanya bertanya, "Danny, kamu sudah mampu untuk menanggung sebuah keluarga?"

Bakal pengantin baru itu agak terkejut dengan soalan yang diajukan lalu menjawab, "Hmmm, tidak! Saya hanya merancang untuk menyara anak perempuan ayah sahaja. Ahli keluarga ayah yang lain patut menyara diri mereka sendiri."



Emak Mertua

Kata seorang isteri kepada seorang suami : TAK! Saya tak benci semua saudara-mara kamu! Malahan, saya lebih suka emak mertua kamu jauh lebih banyak daripada saya menyukai emak mertua saya.


Saudara-mara Isteri

Maniam sedang memandu didalam kereta bersama isterinya. Kedua-duanya tidak berkata apa-apa kerana sebelum itu mereka telah bertikam lidah. Kedua-duanya pun tidak mahu mengalah.

Apabila mereka melalui satu kawasan perkampungan, mereka ternampak beberapa ekor monyet sedang bergayut diatas sebuah pokok rendang.
Niat untuk menyindir, si suami bertanya, "Saudara-mara kamu?"

"Ya," balas si isteri. "Saudara ipar."



Semua Orang Berkahwin Dengan Saudara Mereka

"Dalam keluarga kami," Meagan, 4 tahun, bercerita kepada kawannya, "Semua orang pun berkahwin dengan saudara-mara mereka. Ayah saya berkahwin dengan mak saya, pakcik saya berkahwin dengan makcik saya, dan minggu lepas saya dapat tahu, atuk saya berkahwin dengan nenek saya."


Membantu Ibu

Atuk datang kerumah. Dia bertanyakan tiga cucunya apa yang mereka buat untuk membantu ibu mereka. Setiap daripada mereka menjawab,

Cucu 1 : Saya bantu ibu buang sampah.

Cucu 2 : Saya bantu ibu basuh pinggan.

Atuk : Kamu pula Eilan, apa yang kamu buat untuk membantu ibu kamu?"

Cucu 3 : Saya bantu semua orang dengan tidak mengganggu sesiapa...



No comments:

Post a Comment