EKOR MATA KANAN BERGERAK :
--->Kalau kelopak mata kamu bergerak-gerak, bermakna kamu akan bertemu dengan seseorang yang telah lama kamu tidak temui.
Pertemuan ini akan membuatkan kamu gembira dan persahabatan kamu makin rapat walaupun jarang-jarang bertemu...
EKOR MATA KIRI BERGERAK-GERAK :
---> Dipercayai kamu akan mendapat sedikit kepayahan. Dan kerana kepayahan itu, kamu mungkin akan menitiskan air mata.
Tetapi, atasinya dengan sikap positif!
BAHU KANAN BERGERAK-GERAK :
---> Dipercayai kamu akan mendapat wang!
Jadi, simpaN! jangan boross...
BAHU KIRI BERGERAK-GERAK :
---> Dipercayai kamu akan bertemu dengan idola kamu atau seseorang yang kamu kagumi ataupun hormati.
SIKU KANAN BERGERAK-GERAK :
---> Kamu akan menerima berita gembira yang membuatkan kamu tersenyum lebar. Mungkin hadiah atau kejayaan dalam peperiksaan...
(P/S -- kalau korang malas, yang kejayaan dalam peperiksaan tu bleh diketepikan, jadi agaklah benda lain yee)
SIKU KIRI BERGERAK-GERAK :
---> Kamu akan jumpa seseorang yang istimewa dalam hidup kamu.
Maka, penantian berakhir...
LENGAN KANAN BERGERAK-GERAK :
---> Berhati-hatilah dalam pemakanan kamu. Kerana jika kamu tidak menjaga kesihatan, kamu akan mengalami sakit kepala.
Jadi, elakkan makanan yang mengandungi kafeina kerana ianya boleh menyebabkan sakit kepala.
LENGAN KANAN BERGERAK-GERAK :
---> Kemungkinan barang kesayangan kamu akan hilang atau dicuri...
Waspada.
No comments:
Post a Comment