Selepas beberapa hari Lutt Fu bergaduh dengan isterinya, dia akhirnya meluahkan perasaannya. “Mengaku aje Ah Chan,” kata Lutt Fu. “Satu-satunya sebab kamu berkahwin dengan saya hanyalah kerana atuk saya meninggalkan warisan satu juta ringgit kepada saya, bukan?”
“Jangan mengarutlah! Ah Chan membalas. “Saya tak kisah pun siapa yang meninggalkan duit itu kepada kamu.”
Seorang suami, membaca surat khabar, dimana, dia terlintas satu artikel yang menunjukkan bahawasanya perempuan lebih banyak menggunakan perkataan daripada lelaki. Tidak sabar untuk membuktikan kepada isterinya ( secara umum, seorang perempuan ) cakap banyak, dia menunjukkan keratan akhbar itu kepada isterinya. Si suami berkata, “Tengok, lelaki menggunakan lebih kurang 15,000 perkataan sehari, tetapi perempuan menggunakan 30,000 perkataan.” Si isteri berfikir sejenak dan akhirnya berkata, “Itu kerana, kami terpaksa mengulang setiap apa yang kami katakan.”
Si suami membalas, “Apa?”
Seorang lelaki sedang mengelamun diatas satu padang hijau yang permai lagi menyegarkan. Dia sedangberfikir tentang betapa bagus isterinya bagi dirinya dan betapa bertuah dirinya mendapat isteri yang sedemikian. Dia bertanya seorang diri, "Kenapa isteriku dicipta sebagai seorang yang sungguh baik hati...?"
Suatu suara menjawab, "Supaya kamu boleh mencintainya, orang muda..."
"Kenapa dia dicipta begitu cantik...?"
"Supaya kamu boleh mencintainya, orang muda..."
"Kenapa dia dicipta sebagai seorang yang pandai memasak...?"
"Supaya kamu boleh mencintainya, orang muda..."
Lelaki itu berfikir tentang ini. Kemudian dia berkata, "Aku bukan bermaksud untuk bertindak tidak mensyukuri apa yang aku dapat atau sesuatu sepertinya, tetapi, mengapa dia dicipta sebagai seorang yang begitu bodoh...?"
"Supaya DIA boleh MENCINTAI KAMU, orang muda..."
Jalal dan Jakub menonton televisyen :
Jalal berkata "Saya tak galakkan isteri saya menyertai 'Who Wants To Be A Millionaire', siri permainan tuh. Sebabnya, dia tak pernah ade kata putus...
Daniel, 5 tahun, bertanya kepada ibunya, "Ibu, semua cerita dongeng bermula dengan 'Suatu Masa Dahulu' ke?"
Ibunya menjawab, "Tak, sayang. Kadang-kadang, ade cerita dongeng yang bermula dengan 'Sayang, malam ni abang kerja lewat di pejabat.'"
Ah Mok : Saya selalu bersefahaman dengan isteri saya. Saya Tak pernah bergaduh dengannya.
Ah Sung : Wah!! Apa rahsia kamu sehingga kamu sebahagia tu?
Ah Mok : Bila saya dah teramat pasti saya betul, saya tetap tanya pendapatnya! Senang!
"Dalam pilihan raya akan datang, siapa yang akan isteri kamu undi?"
"Dia akan mengundi sesiapa saja yang saya undi."
"Siapa yang akan kamu undi?"
"Tentang tu, saya akan berbincang dengan isteri saya dulu."
No comments:
Post a Comment